Skip to main content
Ayam Gepuk Top Global
CSR Community

Top Global (CSR) Bersama Anak-anak Orang Asli Semenanjung Malaysia

15/8/2023

Top Global (CSR) Bersama Anak-anak Orang Asli Semenanjung Malaysia

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2023: Ayam Gepuk Top Global, menyambut ulang tahun yang ke-3 bersama-sama masyarakat. Kami menganjurkan Tanggungjawab Sosial Korporat. Jalinan Kasih adalah nama program CSR ulang tahun kami kali ini.

Program komuniti Ayam Gepuk Top Global bukan hanya berkongsi rezeki dengan mereka, kami juga turut melakukan aktiviti yang bermanfaat dan meninggalkan kesan positif pada pelanggan.

Selaras dengan agenda kemampanan Ayam Gepuk Top Global dalam pembangunan bangsa, kami berhasrat untuk mencipta nilai dalam komuniti setempat melalui inisiatif dan program berasaskan komuniti.

CSR yang dijalankan oleh Ayam Gepuk Top Global pertama kali dilaksanakan pada 2023 dan ia sarat dengan aktiviti menarik bersama pelajar.

Kesimpulannya, kami menganjurkan Program Jalinan Kasih melibatkan seramai 40 orang pelajar dari Asrama Anak-Anak Asli Semenanjung Malaysia.